Suara Hati - Perbahasan
tafsir ayat 284, surah Al-Baqarah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 30.11.2012
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Ayat 284, surah
Al-Baqarah:
Segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…
Ayat ini dimulakan
dengan perkataan – ‘Hanya milik Allah segalanya’ membawa maksud bahawa makhluk
lain tidak boleh memiliki apa-apa sekalipun. Walaupun nampak pada zahirnya
sesuatu harta itu milik manusia, tetapi hakikatnya pemilikan itu kembali kepada
Allah dan harta itu sebenarnya hanyalah dinisbahkan kepada orang tersebut.
Apabila yang memiliki
ialah Allah, maka Allah berhak menarik balik atau memberi pada bila-bila masa
saja. Oleh sebab itu, seseorang yang mempunyai harta ataupun kuasa boleh dengan
serta-merta kehilangan harta/kuasanya itu melalui muflis contohnya. Inilah
bukti yang kuasa itu bukan miliknya kerana pada bila-bila masa dia boleh
terpisah dengan kuasanya itu. Bahkan manusia juga tidak memiliki hatta nyawanya
sendiri. Pada bila-bila masa saja nyawa itu boleh dicabut oleh Allah.
Allah adalah pemilik
yang yang mutlak. Hanya Allah yang berkuasa menjadikan seseorang itu memiliki
sesuatu. Oleh itu, manusia mesti menyedari hakikat tentang pemilikan ini dan
menjaga amanah harta, takhta, keluarga, bahkan anggota badan yang diberi pinjam
oleh Allah. Dalam setiap perkara yang ingin dilakukan, manusia seharusnya
menilai dahulu adakah perkara yang ingin dilakukan oleh anggota badannya itu
sesuai dengan kehendak pemilik hakiki anggota badan tersebut? Sy. Abu Bakar
As-Siddiq meletak batu di dalam mulutnya. Apabila ingin mengatakan sesuatu, dia
akan mengeluarkan batu itu dan pada masa yang sama dia akan sempat berfikir
adakah perkara yang ingin diucapkan itu baik atau tidak. Seandainya tidak baik,
beliau akan membiarkan batu itu terus berada dalam mulutnya.
…
dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu
menyembunyikannya,…
Pemilikan Allah tak
terhenti kepada alam nyata yang nampak dengan mata sahaja, tetapi termasuk juga
suara dan isi hati manusia. Sesungguhnya Allah adalah pemilik segala-galanya.
Allah adalah pemilik zahir dan batin.
…
nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. ...
Perhitungan tentang
suara dalam hati – manusia sebenarnya susah untuk mengawal apa yang terlintas
dalam hatinya. Dalam alam hati, ada 5 peringkat suara dalam hati sebelum ianya
dilafazkan kepada bentuk lisan atau perbuatan. Sebahagian daripada suara
ini akan dihisab(hukum), dan sebahagiannya lagi akan dimaafkan.
Lima peringkat suara
di dalam hati ialah:
|
No.
|
Nama
|
Huraian
|
|
1
|
‘Hajis’
|
- suara yang datang begitu cepat, dalam sekelip mata saja
- jika ilham kebaikan, maka datangnya daripada malaikat,
sebaliknya bisikan kejahatan pula datang daripada syaitan
- suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
|
2
|
‘Khatir ‘
|
- suara dalam hati yang terlintas secara perlahan-lahan
(dalam keadaan sedar dan boleh fokus kepada isi hati itu)
- suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
|
3
|
‘Hadidun nafsi’
|
- suara hati yang terlintas secara berulang-ulang
- suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
|
4
|
‘Alham’
|
- suara hati yang mendorong kepada melakukan sesuatu perkara
dan sempat berfikir bagaimana untuk melakukan perbuatan itu
- suara hati ini belum lagi dihukum oleh Allah
|
|
5
|
Azam
|
- kecenderungan yang kuat untuk melakukan sesuatu, yang
diyakini benar, dan diikuti langkah melakukannya, tak kira perbuatan yang
baik atau yang jahat
- peringkat suara hati ini akan dihukum oleh Allah.
|
Setelah turun ayat
ini, sahabat datang kepada Rasul SAW dan memberitahu yang mereka tak mampu
untuk mengawal hati dan perasaan mereka sendiri. Suara dalam hati muncul dengan
sendirinya, tanpa boleh dikawal. Nabi SAW lalu mengingatkan kepada
mereka, “Adakah kamu ingin menjadi seperti orang Bani Israel yang
apabila menerima perintah Allah berkata - Kami dengar tapi kami tak nak
patuh?" Kemudian, barulah
mereka mengucapkan “Kami dengar dan kami patuh”. Dengar itu taat dengan
telinga, manakala patuh itu taat dengan hati.
Peringkat suara 1-4
tidak akan dikira oleh Allah, tapi sekiranya suara hati sampai pada tahap
‘azam’ (5), ianya akan dihukum oleh Allah, sekalipun suara hati itu dizahirkan
atau kekal disembunyi dalam hati. Contoh: Jika seseorang ingin menyakiti
seseorang, dan keluar dari rumah untuk melakukannya – langkah yang diambilnya
itu sudah dihisab oleh Allah. Jika ‘azam’ tersebut disimpan tanpa dizahirkan
secara lisan atau perbuatan, tetapi suara hati itu diyakini benar dan bukan
lintasan semata-mata, maka ianya tetap dikira Allah. Tiada percanggahan antara
ulama dalam hal ini.
Mengapakah dikatakan
suara hati itu diambil kira? Contohnya – perasaan hasad. Bukankah perasaan itu
hanya ada di dalam hati? Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya
hasad itu akan memakan ganjaran kebaikan seseorang seperti api membakar kayu”.
Jelas daripada hadis
ini menyatakan bahawa hasad ini adalah satu bentuk dosa dalam hati. Allah juga
berfirman dalam surah An-Nur, ayat 19:
Kepada siapa azab
pedih ini ditujukan? Kepada orang yang gembira (suka) dengan perbuatan itu – gembira itu ialah perbuatan hati, dan
perbuatan itu juga akan dihisab Allah. Seterusnya dalam surah Al-Hujurat, ayat
12, Allah berfirman:
Allah menyuruh orang
beriman menjauhkan diri daripada prasangka (sangkaan) kerana ianya membawa
dosa. Prasangka juga adalah amalan di dalam hati. Seterusnya, Nabi SAW
juga pernah bersabda yang bermaksud, "Cukup seseorang itu menjadi
jahat dengan ia menghina saudara muslimnya." Sifat menghina juga
adalah amalan di dalam hati. Jadi, tiada keraguan lagi bahawa amalan-amalan di
dalam hati juga akan dihisab oleh Allah SWT.
Jika lintasan hati itu
berlaku tanpa disedari saja yang tidak di ambil kira. Tetapi oleh kerana Allah
itu Maha Pemberi Rahmat, lintasan hati yang tidak baik saja yang Allah tidak
ambil kira, lintasan hati yang baik akan dihisab sebagai kebaikan walaupun tak
mencapai tahap azam. Dalam hadis sahih Muslim, bagindaNabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah
mencatit semua perbuatan baik dan tak baik. Kemudian diperincikan. Orang yang berazam, mempunyai kecenderungan
untuk berbuat baik, tapi perbuatatan baik itu tak dibuat, akan dicatit baginya
satu ganjaran sempurna. Tapi kalau ada kecenderungan untuk buat baik dan
dilakukan perbuatan itu, Allah mencatit untuknya 10 kebaikan. ...(bersambung) ”
Bagaimana perincian
dilakukan? Orang yang berazam dan cenderung untuk buat baik tapi tak dibuat
akan diberi 1 ganjaran sempurna. Tapi jika berazam dan cenderung untuk buat
baik dan dilakukan kebaikan itu, maka akan diberi ganjaran 10 kebaikan. Adakah
ganjaran 10 itu maksimum? Tidak! Minimum 10 ganjaran, tetapi jika kualitinya
tinggi, maka boleh dilipatgandakan menjadi 700, bahkan boleh menjadi lebih
banyak lagi. Berapa banyak? Dalam surah Al-Baqarah, ayat 261, Allah berfirman
yang bermaksud:
“Bandingan (derma)
orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi
Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Allah boleh memberi
sebanyak yang dikehendaki-Nya. Kekayaan Allah tidak boleh digambarkan dengan
fikiran manusia. Ada seeorang berkata, “Sedikit bagi-Mu Ya Allah, itu bukan
sedikit bagiku”. Dalam surah Al-Isra’, ayat 85, Allah berfirman:
Oleh itu, sehingga
kini, ilmu tidak akan habis dituntut dan akan sentiasa terbuka rahsia ilmu baru
kepada manusia, dengan izin Allah. Nabi Khidir mengatakan kepada Nabi Musa, “Ilmu aku dan ilmu engkau, apabila dicampurkan
seumpama setitis air yang diminum seekor burung kecil berbanding ilmu Allah
yang seluas lautan”.
Jika sedikit disisi
Allah itu banyak di sisi kita, bagaimana pula jika banyak di sisi Allah? Ini
sebenarnya sebagai peluang bagi orang-orang beriman untuk meraih ganjaran ini.
Inilah ‘big sale’ daripada Allah SWT. Hanya orang yang kedekut kepada dirinya
saja yang tidak mahu meraih ganjaran yang ingin diberi Allah SWT.
Sambungan hadis..
“… Kalau ada orang yang
berazam, mempunyai kecenderungan untuk berbuat maksiat, tapi perbuatatan itu
tak dibuat, akan dicatit baginya satu ganjaran sempurna. Tapi kalau
kecenderungan tidak baik itu dilakukan, Allah mencatit untuknya 1 dosa.”
Jika seseorang itu
berazam untuk buat jahat, tetapi kemudiannya sedar bahawa perbuatan itu tidak
baik, maka Allah beri ganjaran 1 pahala sempurna. Jika dibuat juga perbuatan
jahat itu barulah Allah tulis sebagai 1 dosa. Begitulah Rahmat-Nya Allah kepada
kita. Oleh sebab itu, baginda Rasulullah SAW berkata, “Tiada orang yang binasa di sisi Allah kecuali
mereka yang membinasakan dirinya sendiri”.
Dengan tawaran ‘big
sale’ sebegini daripada Allah (rujuk rajah di bawah), maka hanya mereka yang
bakhil kepada dirinya sahaja yang melepaskan peluang mendapatkan ganjaran ini.
.. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ada perbezaan antara
ulama tentang hukum ayat ini. Sebahagian ulama mengatakan ayat ini dimansuhkan
setelah peristiwa sahabat datang kepada Nabi SAW seperti diceritakan diatas,
kerana diturunkan pula ayat 285 dan 286 yang meringankan bahawa Allah tidak
menghisab apa yang ada dalam hati. Pendapat kedua pula mengatakan ayat tidak
dimansuhkan kerana bentuk ayat ini bukanlah ayat perintah atau larangan, tetapi
dalam bentuk pemberitahuan (khabar). Jika berita dimansuhkan, maknanya ada
kesilapan pada berita itu. Tidak mungkin berita yang datang daripada Allah ada
kesilapannya. Oleh itu, ayat ini memberi penjelasan bahawa ada sebahagian suara
hati yang akan dihisab dan ada yang tidak, bergantung kepada tahap suara hati
tersebut.
Nota: Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (285 dan
286) mempunyai kedudukan yang tertingi di sisi Allah. Setiap kali Nabi SAW
membaca ayat ini, baginda akan tersenyum kerana ayat ini dibawa khas dari bawah
Arasy Allah. Bahkan ada riwayat menyatakan yang ayat ini mempunyai keistimewaan
as-syifa’ iaitu kesembuhan kepada penyakit, In sha Allah akan dibahaskan
tafsir, kelebihan dan fadhilatnya dengan panjang lebar nanti. - Jangan lupa temujanji anda di Masjid Muadz bin
Jabal, Jumaat bermula jam 9:30 malam, In sha Allah.





